Macam yang saya dah janji tadi, nak share antara keje2 yang mungkin sesuai untuk korang cuba. Mungkin ada di antara yang saya senaraikan ni, ramai yang dah tahu. Tapi takpe la kan..sekadar berkongsi dengan orang yang memerlukan..Jom kita terjah same2 :)
- Menulis Artikel/ Buku
- Program Affiliate
- Online Research/ Survey
Tiga yang di atas adalah antara program yang korang boleh cuba. Jangan risau, saya akan terangkan satu-satu. Sebab tu saya share 3 dulu. Supaya saya boleh terangkan sedikit setiap program tersebut.
MENULIS ARTIKEL/ BUKU
Bagi korang yang ada bakat menulis tu boleh la cuba menulis artikel atau buku ke..tulis apa saja yang korang rasa nak tulis. Klu korang takde bakat menulis pun korang boleh cuba. Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih kan? Betol tak? Menulis boleh menjadi sumber pendapatan kerana artikel/ buku yang korang tulis tu akan dibayar. Nak tau dekat mana korang boleh hantar artikel untuk mendapat bayaran? Sini saya kongsikan beberapa tempat yang korang boleh hantar :
Ada satu lagi tempat yang korang boleh hantar terus secara online. Yang ni sesuai untuk korang yang baru berjinak-jinak nak menulis. Untuk yang dah pro menulis pun boleh. Korang boleh klik link kat bawah untuk mendaftar. Daftar percuma je, tak payah susah nak bayar ape2...
PROGRAM AFFILIATES
Korang tau tak apa tu affiliates? Rasanya ramai yang dah tau kot. Ok takpe, bagi yang belom tau maksud affiliates saya akan terangkan sedikit ye. Affiliates ni contohnya seperti korang jadi salesman secara online. Boleh gak dikatakan seperti agen jualan langsung. Contohnya macam ni, korang mempromosi sesuatu produk sesebuah syarikat. Kemudian bila korang dapat jual produk tersebut, korang akan dapat komisen dari jualan korang tu. Komisen yang korang dapat bergantung pada sesebuah syarikat. Nanti saya akan kongsikan beberapa link yg disarankan untuk membuat program affiliates ni. Korang tak payah risau, sebab program affiliates ni korang daftar percuma je, tak payah bayar ape2. Ini salah satu program untuk orang yang baru nak belajar bidang perniagaan online. Cara affiliates ni senang je, korang just kena rajin buat promosi untuk produk tersebut. Tak kisah la korang nak iklankan dekat mana. Ingat yang PENTING kena RAJIN, TIDAK PUTUS ASA & BERUSAHA. Ok, kat bawah ni adalah antara affiliates program yang korang boleh cuba join. Dua program ni adalah antara program yang disarankan oleh affiliates marketer yang berjaya.
Bila bukak je link tu, jangan risau. Korang tak perlu beli. (melainkan korang berminat dengan produk diorang). Korang cari AFFILIATES. Biasanya link untuk mendaftar ke affiliates terletak di bawah sekali (penghujung page). Bila jumpa korang bolehla mula mendaftar. Ikut segala arahan yang diorang bagi. Semua pembayaran dan hasil jualan akan dipaparkan dalam akaun yang kita daftarkan. Sekarang anda boleh la cuba mendaftar.
Okay, sekarang saya nak bagitau korang tentang kerja survey online. Korang tau tak survey tu apa? Pernah tak korang sebelum ni di interview tentang sesuatu survey? Lebih kurang macam banci jugak la. Tapi interview yang dibuat biasanya tentang produk baru atau perkhidmatan agensi2. Kat Malaysia ni dah banyak syarikat2 survey. Contohnya Nielsen Company, TNS Sofres, InfoSurvey Group & lain2 lagi. Klu korang rasa nak cari duit lebih dengan buat survey luar bole je korang try mtak jadi interviewer kat syarikat2 tersebut. Tapi penatnya tak payah cakapla, memang teramat penat sebab korang kena keluar buat survey outdoor (berdasarkan pengalaman sendiri). Tapi sekarang yang saya nak kongsi dengan korang bukan sebagai interviewer, tapi sebagai respondent kepada sesebuah survey dalam talian. Nak tau bagaimana survey dalam talian ni berfungsi? Mula2 korang kena mendaftar sebagai respondent. Isikan semua profil korang seperti yang diminta. Profil yang diisi menentukan survey mana yang layak untuk korang. Sekiranya layak untuk sesebuah survey, diorang akan send survey tersebut melalui email korang. Sekali lagi saya ingatkan yang PENTING anda kena RAJIN. Rajin check email, rajin jawab survey. Bila korang da selesai jawab sesebuah survey, point akan dimasukkan ke dalam akaun korang yang mana point tu korang boleh pilih, samada untuk ditukar dalam bentuk voucher atau wang. Sesekali tukar voucher KFC/McD pun best jugak kan..dapat makan free.. :) Sesetengah syarikat diorang akan bayar dalam bentuk wang terus. Lagi rajin korang jawab survey lagi banyak la point & duit yang korang dapat. Ok, kat bawah ni saya bagi beberapa link yang korang boleh cuba untuk jawab survey ni.
- http://www.valuedopinions.com.my/
- https://www.globaltestmarket.com/
Banyak lagi survey online yang korang boleh buat sebenarnya. Memandangkan hari pun dah menjelang subuh ni, so saya stop kat sini dulu. Nak tau lebih lanjut tentang survey or bukti2 pendapatan ni korang boleh la tinggalkan pesanan or email korang kat bawah ni.
Home
Tiada ulasan:
Catat Ulasan